Dalam denyut waktu yang singkat
Kala ini, Angin berbisik pada sunyinya malam Menghantar isyarat sedih pada hati Hati yang rapuh juga mula digoyah perasaan, Akal yang kritis menjadi polos Sehingga aku lupa, bahawa segala rasa diberi oleh tuhan Mungkin ini ujian dan cabaran hendak menggapai kebahagiaan Tetapi, Manusia hanya lah manusia, apa lagi ciptaan yang bergelar 'wanita', perasaan dan emosi sentiasa membelenggu jiwa, bermain dengan rasa curiga. Bukan sengaja, cuma Ada kisah yang masih cuba untuk dipadam habis, Nikmat rasa ini bahkan membuatkan aku lebih tenang kerana melibatkan tuhan dalam gemelut perasaan Al quran, penawar sebenar Memberi isyarat tenang dan damai kepada hati yang tadinya gelisah, setiap ayat yang dibaca, memberi getaran 'syifa' kepada hati, perlahan - lahan membisik "percaya lah dengan takdir, jangan terlalu menggenggam, kerana tiada yg milik kita" Tuhan itu baik, Tidak pernah meninggalkan hambanya walau dalam denyut waktu yang singkat . ...