2025 come to the end
2025, jika tahun sebelum dilabel "rollercoaster", tahun ini sesuai dikata tahun yg "gila" siapa sangka banyak air mata yang mengalir dek kerana kecewa. Aku juga keliru dgn situasi dan juga perasaan yang dirasakan. Tpi cukup dgn kata syukur, diri ini masih mampu berdiri dengan sendiri hanya dengan berbekalkan kepercayaan kepada tuhan. Masih segar dilubuk zihni, segala memori pahit dan manis, suka dan tawa, yang membawa aku sejauh ini. Banyak berita buruk yang perlu dihadam dan ditelan. Bermacam jenis dan ragam manusia yang tuhan zahirkan. Jujur, aku tidak baik ii, tetapi lumrah dunia itu tempat diuji. Semakin aku percaya bahawa tuhan sahaja tempat bergantung harap. Berkata pula tentang perasaan, syukur atas apa yang telah tuhan aturkan. Cantik aturannya. namun, juga sama, terlalu banyak pancaroba yang sempat membuatku hilang arah hilang tujuan. Tapi, saya sentiasa mengharapkan dan berdoa agar tuhan sentiasa menjaga 'kita' dan pada akhirnya menemui pengakhi...