خلاصة ال 2024
2024, Tahun yang seperti ‘rollercoaster’. 1001 ‘plot twist’ yang kini mungkin menjadi ‘rahsia tuhan’ buatku. Tahun yang pada awalnya memberi luka yang sangat dalam, hampir tidak waras jdinya. Saat itu yang terlintas di fikiran hanyalah “apa aku akan baik-baik saja?” Ternyata, benarlah janji tuhan. Selagi mana aku melibatkan dia dalam setiap hal, insyaAllah everything will be fine :) Tahun ini jugalah, aku menemukan versi terbaik diriku. Sedih, terharu dan sebak saat Allah mempertemukan aku dengan seseorang yang hanya dengan kehadirannya, mampu menjentik hati kecilku ini. Masyaallah hidayah Allah itu luas. Di mana sahaja, bila saja waktunya sekiranya ‘kun fayakun’ maka terjadilah ia. Namun, tidak dinafikan, diri ini masih bertempur dengan yang paling kuat iaitu nafsu. Hijrah itu mudah, tapi istiqamah itu berat ya. Kecewa datang bila tidak mampu melawan nafsu, tapi rahmat Allah itu luas. Aku sentiasa diberi ‘peluang kedua’ tanpa had saat kaki, lidah, mata, telinga ...