خلاصة ال 2024
2024,
Tahun yang seperti ‘rollercoaster’. 1001 ‘plot twist’ yang kini mungkin menjadi ‘rahsia tuhan’ buatku.
Tahun yang pada awalnya memberi luka yang sangat dalam, hampir tidak waras jdinya. Saat itu yang terlintas di fikiran hanyalah “apa aku akan baik-baik saja?” Ternyata, benarlah janji tuhan. Selagi mana aku melibatkan dia dalam setiap hal, insyaAllah everything will be fine :)
Tahun ini jugalah, aku menemukan versi terbaik diriku. Sedih, terharu dan sebak saat Allah mempertemukan aku dengan seseorang yang hanya dengan kehadirannya, mampu menjentik hati kecilku ini. Masyaallah hidayah Allah itu luas. Di mana sahaja, bila saja waktunya sekiranya ‘kun fayakun’ maka terjadilah ia.
Namun, tidak dinafikan, diri ini masih bertempur dengan yang paling kuat iaitu nafsu. Hijrah itu mudah, tapi istiqamah itu berat ya. Kecewa datang bila tidak mampu melawan nafsu, tapi rahmat Allah itu luas. Aku sentiasa diberi ‘peluang kedua’ tanpa had saat kaki, lidah, mata, telinga melakukan maksiat. Subhanallah
Tiada apa yang aku harapkan untuk tahun berikutnya kecuali iman yang makin kukuh dan amalan yang semakin banyak. Mungkin, ya mungkin ada harapan lain yang terselit di lubuk hati. Tapi, Ya Allah kau tuhan yang empunya hati ini. Letakkan lah hati ini di tempat yang sepatutnya, di tempat yang engkau redhai di tempat yang mana pengharapanku sederhana sahaja tidak melebihi pengharapanku kepadamu.
Teruntuk ummi, kakak-kakak, adik serta ahli keluarga.. terima kasih yang tak terhingga kerana menjadi tulang belakang aku di tahun lepas, tahun ini dan tahun-tahun selanjutnya. Tiada kata yang mampu untuk diungkapkan selain doa agar kita juga disatukan menjadi sebuah keluarga di syurga nanti sama seperti di dunia ini. Amin yang sangat berat
Buat sahabat yang ada dikala susah dan senang, tahun ini mungkin tahun yang juga berat buat kamu. Kita masing-masing mempunyai cerita yang berbeza tapi sentiasa mempunyai tempat yang sama untuk pulang. Terima kasih kerana telah menjadi ‘rumah’ untuk aku pulang setiap kali sedih mendatangiku, setiap kali risau menggangguku.
Untuk ‘kamu’. Kamu mungkin tidak menyedari betapa kamu memberi kesan pada kehidupan seorang eiman. Mungkin kamu juga sangat meragui apa benarnya yang aku rasakan, yang aku luahkan, tidak mengapa, وكفى بالله شهيدا . Cukuplah Allah sahaja menjadi saksi. Aku titipkan kamu dalam jagaan Allah. Mungkin saja kamu juga adalah sebuah bentuk ujian daripada Allah buatku. Mungkin juga tidak. Kita sama-sama tidak mengetahui. Setidaknya aku menemukan tuhan diantara kita, Masyaallah Tabarakallah
2025 yang bakal menanti, jadilah tahun dimana kebahagiaan dan ketaatan ditemukan disetiap detik dan saat hidupku, keluargaku serta sahabatku. Aku tunggu dengan penuh sabar, berikan berita baiknya ya Allah! 🤍
Allahummabarik
Comments
Post a Comment