tanpa noktah .

Disebalik manisnya senyuman yang terukir,

ada rindu yang dipendam sehingga terasa mati nya rasa, 

ada cinta yang dipaksa untuk rela dilepaskan saat aku masih menagihnya,

dan ada luka yang ternyata tidak akan sembuh walau 1000 tahun lamanya, kerana

aku telah kehilangan cinta pertamaku yang ksihnya tiada ganti

andai cinta terakhir tidak menyebelahiku, , kemana tempat aku untuk pulang? cinta pertamaku tiada lgi jasadnya. kemana arah tuju seorang anak gadis yang mendambakan pelukan hangat seorang ayah. Walaupun suatu hri nnt aku akan menjadi ibu, tetapi jiwaku sebagai anak tidak akan padam. 

Situasi nya masih segar di ingatan. Saat sebenar dimana aku sedar, cinta hakiki itu hanya tuhan. Tiada kurang dan lebih, hanya 'dia'. Waktu dimana aku kembali bangkit drpd jatuh yang kukira selamanya. 

Banyak 'realisasi' yang menghentam jiwa dan raga. Yang hidup pasti akan mati, yang milik pasti akan hilang , yang cinta mungkin akan malap baranya. 

Saat itu juga, tuhan memberi sinar harapan dengan bait ii 'hikmah' disebalik apa yang berlaku. Mulut yang pada awalnya dibasahi kata "kenapa?" kini senyum manis dengan rasa syukur yang tiada akhirnya.

Takdir itu indah jika disulami dengan rasa redha dan syukur. kerana, tuhan lebih tahu apa yang tidak kita ketahui . 

قَدَّرَ اللَّهُ وَمَا شَاءَ فَعَلَ

"Allah telah mentakdirkan (demikian), dan apa yang Dia kehendaki, Dia lakukan."



 


Comments

Popular posts from this blog

خلاصة ال 2024

Ninja life ?

Sakinah . Mawaddah . Rahmah