Ninja life ?
Trying to be more private is also a jihad. Keep myself to myself, it’s difficult sometimes. My looks now make me beware of everything that i gonna do. I know, i would create more fitnah if I did some mistakes. Yes, im just ordinary woman that trying to be better day by day but, as i choose to look like this, i should take the risk of being ‘niqabis’.
Ngl, aku takut. Takut andai kesilapan yang ‘diri’ ini lakukan, pakaian ini disalahkan dan mungkin ‘will be judged’. Tpi tidak hairan, kerana manusia lazimnya menghukum. Cuma aku yang perlu kuat melawan nafsu dan umpatan manusia. Amnya, gerak geriku akan sentiasa diperhati, mungkin sebagai contoh mahupun sebagai bahan ‘spill the tea’ manusia lain.
Ada makhluk yang Allah ciptakan adalah memang untuk memperdaya kita. Bisikan godaan kian membisik setiap ketika. Tapi, satu kata oleh Imam Malik yang kini menjadi favourite ku, "ما كان لله بقى" - apa yang dilakukan kerana Allah nyatanya akan kekal. Andai kita buat kerana manusia, hinaan, umpatan, malah pujian akan membuat kita goyah. Semoga niat kita sentiasa ikhlas لله تعالى setiap masa dan waktu.
Oh ya, being a niqabis also make me aware of every actions and words. What is the real intention? Allah? Fashion? Insecure? All natijah would be different according to your intention. Dr Jannah once advised me, “Jangan sesekali terjebak mempamer diri, it’s difficult to stop”. Some men, ‘niqabis’ is their type. Not because of the akhlak, but because of the beauty. Wanita lumrahnya suka akan pujian tapi, ini cara yg salah. Menggunakan agama untuk kepuasan nafsu sendiri, untuk menjadi hawa pandangan dan peroleh pujian. Gagal aku untuk menjadi hamba yang taat. Nauzubillahiminzalik.
Masih belum sempurna, masih berlawan dengan diri untuk tidak menampakkan diri. Masih berusaha menjaga adab dan akhlak. Tpi, aku sendiri kecewa melihat bagaimana pakaian sunnah ini menjadi trend yang sangat memalukan. Astaghfirullah. Semoga aku tetap terjaga. Semoga aku tidak menjadi fitnah kepada agama. Wallahi sangat sukar untuk hijrah. Tapi kalau bukan sekarang, bila?
Hidayah itu sentiasa ada, tapi kita yang mengabaikannya.
Allah sentiasa memberi peluang kedua, ketiga dan kesejuta untuk kita kembali kepadanya,
قُلْ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُوا۟ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا۟ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيم
“ Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
kak, i wat to ask. how does it feel pakai purdah? best ke? saya teringin sangat nak pakai. but im not really ready
ReplyDelete