Posts

Showing posts from February, 2025

طالب العلم

 Aku, seorang طالب العلم . Di setiap bait waktu, aku masih keliru and buntu. Apakah ilmu untuk dituntut atau dibangga? Apakah ilmu untuk medan periksa atau ‘alam sana’? Itu yang kian dilupakan di selang-selang wktu dan misi seorang طالب العلم.  Setiap hari, aku membisik kepada hati  “Ini milik Allah dan seharusnya untuk Allah”. Dek kerana terlalu mengejar CGPA, aku mula lupa apa tujuan aku menuntut ilmu. Terbuai nafsu sehingga lupa untuk mensyukuri. Terbuai ‘dean list’ sehingga belajar sekadar untuknya.  Setidaknya, ilmu yang dituntut itu tidak didominasi bayang yang membawa jauh daripada tubuhnya. Lihat, seberapa ramai diantara kita yang 4 rata, tapi tidak sama sekali mengamalkan ilmu yang ditimba. Sedih kerana hilang tujuan utama sebagai penuntut ilmu.  Bukan pointer yang dituntut kelak, namun usaha, kebergantungan dan pengaplikasian itu yg akan menjadi ‘neraca’.  Seringku ulang di setiap kata, “libatkan Allah dalam setiap hal, kamu akan baik-baik” . Trus...

12 A.M

 Di sebalik heningnya malam, entah mengapa rasa di dada sangat sesak, sangat berat Rasa yang tidak dapat diungkapkan. Allah hadirkan rasa yang tidak sepatutnya dirasai. Sukar diabaikan, Hati sentiasa memaksa untuk bertanya kabar dan cerita, tapi harus tetap dengan pendirian dan syariat. Doa saja yang aku boleh sampaikan kepadanya untuk menghilangkan rasa itu. “Kamu baik ii sahaja kan?” Bait yang sering berlabuh di benak, mengalir tanpa henti.  Sudah lama sekali dia tidak terlintas di fikiran, aku sangka dia sudah lagi tiada di hati, ternyata rasa itu masih utuh seutuhnya. Doa masih sama saban hari, jika dia bukan untukku, hilangkan rasa ini tanpa aku harus merasakan sakit itu. Masih belum Allah hilangkan, hm kenapa ya 🥲 Aku juga mula merasakan diri ini tidak layak dan dia layak untuk wanita yang lebih baik. Entah kenapa dia cukup sempurna di mata kasarku sebagai manusia. Agamanya, bahkan dunianya juga selari. Mungkin ya, dia tidak sehebat sangkaan, kerana am nya manusia itu t...