12 A.M
Di sebalik heningnya malam, entah mengapa rasa di dada sangat sesak, sangat berat
Rasa yang tidak dapat diungkapkan. Allah hadirkan rasa yang tidak sepatutnya dirasai. Sukar diabaikan, Hati sentiasa memaksa untuk bertanya kabar dan cerita, tapi harus tetap dengan pendirian dan syariat. Doa saja yang aku boleh sampaikan kepadanya untuk menghilangkan rasa itu. “Kamu baik ii sahaja kan?” Bait yang sering berlabuh di benak, mengalir tanpa henti.
Sudah lama sekali dia tidak terlintas di fikiran, aku sangka dia sudah lagi tiada di hati, ternyata rasa itu masih utuh seutuhnya. Doa masih sama saban hari, jika dia bukan untukku, hilangkan rasa ini tanpa aku harus merasakan sakit itu. Masih belum Allah hilangkan, hm kenapa ya 🥲
Aku juga mula merasakan diri ini tidak layak dan dia layak untuk wanita yang lebih baik. Entah kenapa dia cukup sempurna di mata kasarku sebagai manusia. Agamanya, bahkan dunianya juga selari. Mungkin ya, dia tidak sehebat sangkaan, kerana am nya manusia itu tetap ‘manusia’ yang serba serbi kekurangan.
Masih memikirkan apa istimewanya dia sehingga hati ini tidak boleh menerima sesiapa selain dia. Mungkin aku juga belum bersedia, asbab itu aku masih buta. Walaupun kita tidak memiliki rasa yang sama, namun aku masih yakin kamulah orangnya. Tidak pasti. Tuhan Yang mengetahui. Entah benar atau dusta. Tiada kata yang mampu mengungkapkan rasa yang sebenarnya aku rasakan. Ujian, sungguh ujian.
Doaku tidak pernah putus mendoakan dia, dunia dan akhirat.
Tidak pasti jika coretan ini singgah di matamu,
Namun andai takdir mempertemukan kita di baris-baris bisu,
Ketahuilah, aku titipkan doa di angin lalu—
Semoga kejayaan memayungi langkahmu, bittawfiq wannajah final exam !!
Comments
Post a Comment