طالب العلم
Aku, seorang طالب العلم .
Di setiap bait waktu, aku masih keliru and buntu.
Apakah ilmu untuk dituntut atau dibangga? Apakah ilmu untuk medan periksa atau ‘alam sana’? Itu yang kian dilupakan di selang-selang wktu dan misi seorang طالب العلم.
Setiap hari, aku membisik kepada hati
“Ini milik Allah dan seharusnya untuk Allah”. Dek kerana terlalu mengejar CGPA, aku mula lupa apa tujuan aku menuntut ilmu. Terbuai nafsu sehingga lupa untuk mensyukuri. Terbuai ‘dean list’ sehingga belajar sekadar untuknya.
Setidaknya, ilmu yang dituntut itu tidak didominasi bayang yang membawa jauh daripada tubuhnya. Lihat, seberapa ramai diantara kita yang 4 rata, tapi tidak sama sekali mengamalkan ilmu yang ditimba. Sedih kerana hilang tujuan utama sebagai penuntut ilmu.
Bukan pointer yang dituntut kelak, namun usaha, kebergantungan dan pengaplikasian itu yg akan menjadi ‘neraca’.
Seringku ulang di setiap kata, “libatkan Allah dalam setiap hal, kamu akan baik-baik” . Trust me, tajdid niat hari-hari yang kita belajar kerana Allah, insyaAllah semuanya akak berjalan lancar ❤️ if tak dapat hasil didunia, insyaAllah kat akhirat nnt
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًۭا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍۢ قَدْرًۭا
"Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberinya jalan keluar. Dan Dia akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."
Comments
Post a Comment