ق د ر 🌈
Ternyata, kalau bukan kerana apa yang Allah telah jauhkan, tidak mungkin aku akan setenang ini Pada awalnya, Mungkin sangat sukar untuk aku terima kenapa apa yang aku ingin, tidak sekali dikabulkan. Dengan penuh rasa kecewa, kembali lagi aku kepada ‘takdir’ yang perlu aku terima. Berbisik pada diri, sungguh Allah maha mengetahui apa yang terbaik Perlahan-lahan, Membujuk hati.. tenang eiman, pasti ada hikmahnya. Kataku dengan tenang walaupun pipi dibasahi air mata. Siapa aku untuk meragui keputusan Allah? Apa aku mengetahui apa yang Allah ketahui? Tidak. Lama kelamaan, saat redha mula berputik di hati.. satu persatu ‘hikmah’ Allah tunjukkan. Ternyata setiap yang berlaku tidak seburuk yang aku sangka. Kini, aku baik baik saja walaupun berdiri dgn takdir yang bukan aku pinta tetapi takdir yang nyatanya terbaik buatku :) قَدَرُ اللَّهُ وَمَا شَاءَ فَعَلَ "Allah telah mentakdirkan sesuatu yang dikehendakinya dan dilaksanaknnya” -HR Muslim...