Taat yang sebenar

 Ketaatan takkan wujud tanpa ujian. 

Saat kita mula taat, Allah akan uji kita dengan variasi cara. 

Bukan karna benci, malah sayang. 

Apa aku taat kerana Allah atau siapa? 

Sudah bangkit pagi tahajjud, memberi tanpa berkira wang sisa yang ada, lidah sentiasa basah dengan zikrullah. Namun, kadang kala kita lakukan kerana inginkan “validasi” dan pujian. 

Apakah itu taat yang sebenar? Ianya malah ujian yang sebenar benarnya buat kita. Title “wanita solehah” dimata manusia atau Allah yang kita dambakan? 

Ini soalan yang sering berlegar di dalam lubuk hati dan fikiran. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada sifar riak, takabbur dan ujub. Segala macam ilmu itu kan milik Allah, kenapa aku malah berbangga punya ilmu yang banyak sedangkan ilmu itu juga hanya pinjaman. 

Belum cerita, diuji dengan kata kata sndiri. Yang dulunya sangat membenci maksiat. Lantas mengapa skrg engkau gembira dilumuri maksiat yang dulu dihina. Itu ujian. Ujian mencapai ketaatan yang hakiki. Jangan sombong jangan bangga. Orang soleh itu ujiannya lebih dahsyat berbanding orang biasa

Aku kalah atau menang? Ujian atau ketaatan? Hijrah itu mudah ya. Istiqamah itu yang berat. 

Hati kita berbolak balik, tapi jangan berpaling daripada agama kita

اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَا


Aamin ya rabbal alaminn 🤲🏼



Comments

Popular posts from this blog

خلاصة ال 2024

Sakinah . Mawaddah . Rahmah

Ninja life ?