Titik terendah .
Aku, aku menenukan titik terendah hidup ku di tempat dan waktu yang paling sukar dikendali.
Nyatanya, titik itu bukan saat kehilangan orang tercinta atau kehilangan pangkat atau harta. Tetapi, kehilangan diri sendiri. Entah apa yang terjadi sehingga aku kehilangan sosok dan jiwa seorang “eiman”. Serba serbi hilang. Tidak terjumpa walau satu pon. Iman, taqwa, malah kepercayaan terhadap diri sendiri hilang.
Begitu aku sedar, “aku” lah watak utama di dalam cerita ku. Bukan ummi, bukan baba bukan sesiapa. Tapi aku. Justeru mengapa cinta terhadap “aku” tidak terjumpa. Hilang entah ke mana. “Self love” ? Tidak pernah wujud di dalam kamus hidupku.
Perlahan lahan, aku mencari. Di setiap pelosok dunia di mana “eiman” Yang sebenarnya. Alhamdulillah aku jumpa. Dengan mencari Allah ternyata aku jumpa siapa sebenarnya hamba kerdil ini. Allah masih beri aku nikmat iman dan taqwa. Allah hadirkan semula bibit bibit cinta dengan sang pencipta. Aku sebak, kerana Allah itu maha baik maha penyayang. Tidak hendak dia membiarkan aku terkapai kapai mencari diri dan ketenangan yang tidak diketemui
Mudah, firman Allah
(أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَئِنُّ ٱلۡقُلُوبُ)
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
Pada akhirnya, kunci segala masalah tetap hubungan dan kebersamaan kita dengan pencipta, Allah S.W.T
Comments
Post a Comment