Hari ini atau esok ?
Entah bila waktunya, hari ini atau esok ya? Apa aku sudah bersedia menerima suratan takdirnya? Itu yg ada didalam fikiran ku sejak hari pertama baba ditidurkan sehingga hari dia kembali ke penciptanya. Hari itu, hari yang sukar untuk aku terus membuka mata. Sesak di dada masih terasa hingga ke hari ini. Sosok ayah tiada lagi di sisi aku dan keluarga. Apakah nasib aku selepas ini? Itu yang sering kali bermain di fikiranku pada waktu itu. Ternyata tidak begitu sulit ya. Aturan Allah begitu cantik dan sempurna jika hendak dibandingkan dengan apa yang dijangka. Ujian itu tanda sayang kan. Aku ternyata baik baik saja, alhamdulillah
10/12/2021, 4:00 pm - tanggal baba meninggalkan aku
Alhamdulillah baba, eiman tumbuh menjadi wanita yang kuat dan cekal. Semoga Allah satukan kita sekeluarga di syurga nanti aamiin.
Al-fatihah buat baba, Bakhtier Effandy bin Mohamad
Comments
Post a Comment