2025 come to the end

 2025,

jika tahun sebelum dilabel "rollercoaster", tahun ini sesuai dikata tahun yg "gila"


siapa sangka banyak air mata yang mengalir dek kerana kecewa. Aku juga keliru dgn situasi dan juga perasaan yang dirasakan. Tpi cukup dgn kata syukur, diri ini masih mampu berdiri dengan sendiri hanya dengan berbekalkan kepercayaan kepada tuhan. 


Masih segar dilubuk zihni, segala memori pahit dan manis, suka dan tawa, yang membawa aku sejauh ini. Banyak berita buruk yang perlu dihadam dan ditelan. Bermacam jenis dan ragam manusia yang tuhan zahirkan. Jujur, aku tidak baik ii, tetapi lumrah dunia itu tempat diuji. Semakin aku percaya bahawa tuhan sahaja tempat bergantung harap. 


Berkata pula tentang perasaan, syukur atas apa yang telah tuhan aturkan. Cantik aturannya. namun, juga sama, terlalu banyak pancaroba yang sempat membuatku hilang arah hilang tujuan. Tapi, saya sentiasa mengharapkan dan berdoa agar tuhan sentiasa menjaga 'kita' dan pada akhirnya menemui pengakhiran yang cantik dan bahagia. 


Usrati, tiada kata yang mempu mengungkapkan rasa syukur aku kepada tuhan. Terima kasih tuhan kerana masih menyisakan mereka untuk tetap di sisi menjadi jantung seorang eiman. 


Dengan hati yang sangat berat, jujur aku tidak terlalu berharap untuk tahun hadapannya, cuma iman yang semakin mantap dan istiqamah aku di jalan Allah. Semoga tahun ini dapat aku tumbuhkan kembali segala hal yang sudah layu kemarin. Semoga juga tahum ini dapat mengantarku ke tempat yang kusebut 'sampai'. Aturlah jalanku sebaiknya ya Allah :) 

Comments

  1. Jom eimann, kita sama-sama bangunn (⁠つ⁠≧⁠▽⁠≦⁠)⁠つ

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

tanpa noktah .

bunga maafku

Ninja life ?